.SUP KEPALA LEMBU.

Lazimnya beratus-ratus ekor lembu akan tumbang pada Hari Raya Haji sebagai simbolik kepada peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya. Ironinya seluruh bahagian badan lembu itu akan digunakan sebagai sumber makanan kepada umat Islam.

Namun baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa lembu dikorbankan sebelum tibanya Hari Raya Haji, dan yang lebih pelik si pihak pengorban itu tidak mengguna pakai bahagaian badan lembu secara keseluruhannya, sebaliknya hanya berminat dengan bahagian kepala lembu sahaja. Mengapa ini terjadi? Adakah pihak ini terlibat dengan kegiatan ajaran sesat?

Selepas pemerhatian dijalankan, barulah dimaklumkan bahawa mereka sebenarnya tidak terlibat langsung dengan kegiatan ajaran sesat yang tidak bermoral itu. Mana mungkin terjadi, kerana pihak Geng Kepala Lembu ini semuanya mempunyai latar belakang yang bagus. Menjawat jawatan tinggi di peringkat bahagian, ketua kepada pelbagai organisasi NGO dan digeruni dikalangan ahli-ahlinya.

Ramai yang salah tafsir akan niat asal mereka terhadap perlakuan kepala lembu ini. Berdasarkan maklumat daripada sumber orang dalam, dipercayai bahawa kepala lembu itu sebenarnya dibeli untuk dihidangkan dan dijamu kepada kalangan ahli dalam satu kenduri bagi meraikan kejayaan kecil dengan mengganggu-gugat kerajaan baru di Selangor. Kepala lembu itu dimasak sup kerana mereka percaya bahawa otak lembu mempunyai kandungan zat yang tinggi dan mampu mengaktifkan sel-sel otak manusia untuk berfikir dengan lebih stabil. Mereka berharap dengan hidangan sup kepala lembu ini akan mampu membantu ahli-ahli mereka yang terbebal pemikirannya untuk jadi lebih terbuka mindanya, walaupun sedikit.

Satu usaha yang positif dan mereka tidak seharusnya dipandang serong oleh masyarakat yang kononnya kata mereka ini ahli ajaran sesat dan cuba menghina agama kaum lain.

Sempena Ramadhan ini, suka untuk mencadangkan Geng Kepala Lembu ini membuat majlis berbuka puasa hidangan sup kepala lembu di mana-mana hotel atau dewan dan menjemput ahli-ahli mereka dari seluruh negara untuk hadir menjamu selera. Usaha yang murni. Semoga mendapat ganjaran pahala!