.MENJILAT LUDAH.


Renungan itu terjah tepat ke dalam kedua matanya. Lantas hati mekar keriangan. Seakan memberi ruang sebuah hati untuk bergembira. Maka itulah detik puncak bahagia yang aku idamkan. Apabila hati sudah terjatuh, aku mula jatuh hati. Apabila rasa sudah muncul, aku mula hilang rasa.

Cinta ingin ditakluki. Proses penjajahannya perlu terancang. Agar tidak nampak kolot. Namun akhirnya pemilihan taktik tetap sama. Taktik 'Klasik'. Aku bukan budak main(playboy), maka kenalah ambil sedikit masa untuk disalurkan segala unsur-unsur kasih kepada pihak Bunga.

Mesej pertama dihantar. Buat-buat tanya benda itu dan ini. Dituruti mesej-mesej berikutnya yang membawa kepada topik yang lebih mencengkam. Harap-harap si pihak Bunga sudah boleh menghidu 'serangan' ini. Apabila graf sudah menunjukkan jalur pertumbuhan, maka panggilan pertama pula dilakukan. Topup wajib adalah Rm10, takut-takut apabila call nanti kredit cair pula(kebiasaannya aku topup RM3-RM5 je, itu pun untuk miss call mak). Panggilan dilakukan dengan tujuan untuk 'berdamai' bersama-sama dengan menonton movie di mana-mana panggung wayang dalam negara.

Selesai menabur segala kata-kata, aku dan pihak Bunga keluar dan menikmati udara segar keseronokkan yang mungkin boleh digelar bahagia.

Hari berganti minggu. Bumi berputar lagi. Minggu berganti bulan. Bumi masih berputar. Bulan pertama membawa kepada bulan seterusnya. Seakaan peredaran Bumi tidak terasa langsung. Cukup indah untuk berada dalam pelusuk pihak Bunga. Nyata dia permaisuri kayangan jelmaan Bumi. Aku genggam agar harapan itu kekal disini. Sebati terus kukuh ke abadi. Bersemi terus kukuh ke mati. Berdoa aku agar panas mentari terus berkemarau, tapi hujan tetap singgah membasahi gersang. Bahagia dicipta dengan sulaman tanpa ranjau, punah juga tunduk ke Bumi dengan air mata berlinang.

Ianya tetap didaki walau bergaung dalam. Dengan harapan masih ada sisa simpati di puncak. Namun rasa itu mungkin tidak akan berputik lagi. Mati telah diulit kebosanan dan penaklukan oleh si penjajah lain. Langkah tersusun kemas sebagai penawar badan kerana aku sudah penat bergelumang dengan helah dan seksa. Akhirnya aku lafaz pedih tapi indah dengan sebuah ungkapan:

Selamat tinggal dunia kepalsuan. Kerana manusia seperti pihak Bunga belum mengerti apa segalanya. Maka aku menulis sebuah luka dengan ayat-ayat ini agar satu hari nanti pihak Bunga mengerti segalanya.

AKu dan pihak Bunga jelas tiada jurang. Tercipta begelar manusia, insan atau orang. Yang dilengkapi sebuah hati, disulami dengan perasaan. Andai pihak Bunga dihargai, pasti pihak Bunga gembira. Andai pihak Bunga dibenci pasti pihak Bunga akan kecewa.

Faham erti bahagia apabila dikasihi. Mengerti juga erti kecewa apabila dikhianati. Maka aku akan terus berpura-pura. Ketawa walau di dalam sedih. Gembira walau didalam kecewa. Senyum walau di dalam hancur.

P/S : Tidak sesekali akan cuba untuk menjilat ludah itu. Kerana aku bukan manusia yang jijik:p